Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Wednesday, February 9, 2011

Talam Suji


Ni lah dia talam suji yang ku hasilkan , tapi warna lapisan atas tak begitu
gelap kerana aku tak guna gula merah tapi gula nira..jadi terang sikit...dan
rupanya kurang menarik kerana wap dah jatuh....hehe ni lah akibatnya kalau
malas nak bungkus penutup pengukus ....jangan tiru caraku nanti kuih
rosak....





Lapisan bawah yang telah dimasak di atas api sederhana dah sedia untuk
dikukus....


Bahan-bahan:

Lapis bawah:

1 paket tepung suji (450gm)
7 cawan santan cair
1 1/2 cawan gula pasir (secukup rasa)
1 1/2 suduteh garam
1 1/2 suduteh pewarna kuning

Lapis atas:

4 cawan santan pekat
2 cawan tepung gandum
3 sudubesar tepung kastard
3 sudubesar gula
2 cawan gula merah

1. Kacau atas api sederhana semua bahan-bahan lapis bawah sehingga sedikit pekat.
2. Sapu loyang pengukus berukuran 32cm dengan sedikit minyak dan tuang semua
semua bahan-bahan di atas ke dalam loyang dan dikukus selama 15- 20 minit.
3. Satukan semua bahan-bahan lapisan atas dan ditapis.
4. Masak sekejap di atas api kecil , tapi jangan lama sekadar suam kuku sahaja
5. Setelah lapisan bawah masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 5 minit,
baru dituangkan bahan-bahan lapisan atas ke atasnya dan dikukus selama 20-25 minit.
6. Sejukkan dulu , atau seelok2nya dimasukkan dalam petisejuk sebentar baru dipotong

* Kelapa cuma sebiji sahaja untuk penggunaan lapisan atas & bawah.
* Bungkus penutup pengukus dengan kain supaya wap tak jatuh ke atas permukaan kuih.

No comments:

Post a Comment