Syukur Alhamdulillah...aku bebas dari gejala kencing manis..cuma doktor nasihatkan jaga permakanan, jangan makan banyak yang manis2..happy bukan main aku bila dapat tau free dari gejala tu, tapi.....tiba2 nurse tu suh pi wat ECG nak check jantunglah pulak...apa lagi aku pun mulalah kecut perut. Masa wat ECG tu pulak , nurse tu wat ' force alarm'..wat aku seriau je. Bila dah selesai aku tanya dia ok tak, dia taknak cakap..cuma kata nanti doktor bagitau, lagilah aku risau dibuatnya..
Di bilik pemeriksaan, nurse disitu arahkan aku supaya pergi ke jumpa doktor di bilik 4..ada dua orang je ketika itu..Bila nombor aku dipanggil, aku pun terus pergi ke bilik 4 walaupun hati rasa gementar tapi buat2 tkde rasa apa2 hehe...Alhamdulillah..semua clear dan tekanan darah pun normal...kan best gini. Memang pasni memang aku kena jaga makan, tkleh main belasah je macam dulu2..berat pun dah turun 2kg dalam 3 bulan ni. Nak turunkan berat badan bukan main susah tapi kalau nak naikkan anytime..Terima kasih pada jiran aku Norbi sbb dia selalu temankan aku bila pi mana2 lebih2 lagi kalau pi medical check up...terima kasih gak pada suami dia..semuga mereka dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan diberkati Allah sentiasa, aamiin...
Permata-permata dihatiku.....
Showing posts with label Kelinik Kesihatan Rembau. Show all posts
Showing posts with label Kelinik Kesihatan Rembau. Show all posts
Wednesday, July 7, 2010
Wednesday, June 16, 2010
Temujanji terbatal...




Pagi ni awal2 lagi aku dah bangun walaupun malam tadi tak berapa lena tidor..semua ni gara2 pagi ni nak kena pi klinik kesihatan Rembau, ambik darah untuk saringan kencing manis. Paling menakutkan yang buat aku tak boleh lena tidor bukan kerana kena ambik darah, tapi aku dapat tau, nanti depa akan beri minum air glucose satu mug...boleh ke aku telan manis2 tu?
Kol 8 pagi aku dah nak pegi klinik, tapi ternampak pada surat temujanji kena datang kol 10 pagi, jadi aku pun ikut masa yang telah diarahkan. Aku pergi kira2 pukul 9.45pagi ngan Fika. Dekat je klinik ngan rumah dalam 5 minit perjalanan kalau naik keta.
Sesampai di pintu masuk klinik, depa dengar aku batuk2 jadi mereka tahan nak wat saringan. Aku kata balik nanti aku singgah untuk pemeriksaan tapi ni nak lepaskan pi buat ujian darah dulu. Aku pun terus ambik nombor dikaunter pendaftaran dan terus hantar borang temujanji tu pada salah seorang jururawat yang bertugas, lalu aku terus duduk.
Tiba2 jururawat tu tanya, ni kes apa ni? Dia pun terus panggil nama aku, dan aku bagitau dia nak buat ujian darah...jururawat tu kata kenapa datang sekarang , masa dah habis..darah2 semua dah dihantar ke hospital Seremban dan Tampin. aku bagitau dia yang aku ingat apa yang tertulis di atas surat tu..jururawat tu kata ni sah jururawat yang tulis ni orang baru dan belum begitu faham...Frustnya aku sebab dahlah kena puasa satu malam, tidor pun tak lena dibuatnya..aku terpaksa mintak satu tarikh baru, maka ujian darah terpaksa ditundakan ke minggu depan 23hb Jun 2010 jam 8pagi..
Sebelum balik, aku singgah jumpa Doktor untuk masalah batuk dan selsema yang dah seminggu tapi lom pulih betul lagi. Doktor bagi sebotol ubat batuk dan antibiotik untuk dimakan sampai habis...lepas tu sebelum balik umah singgah kat gerai dekat klinik tu pi pekena lontong dan horlick panas. Fika lak makan lontong dan milo ais. Jadilah untuk tampung perut sampai tengahari janji leh makan ubat.
Subscribe to:
Posts (Atom)