Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Monday, February 28, 2011

Kuih Koci






Kuih koci sedap dimakan diwaktu pagi dan petang...sambil relax2 tu..leh lah makan hehe...jangan taktau monyet pun suka, hari tu masa ontheway balik dari PD ada kawasan yang banyak monyet , ramai orang turun bagi makan pada monyet-monyet tu...tapi aku tak bawa apa-apa yang ada hanya kuih koci...tak sangka...bila bagi sebiji yang lain berebut dan siap tunggu lagi kat pintu kereta...tapi kan..depa makan bukan sikit2 sekali masuk je...sampai nyaris tak tercekik! Nasib baik takde apa-apa , aku ngan Alang jadi kecut gak perut ketika tu hehe....

Tuesday, February 22, 2011

Bingka dan talam ubi ala-ala Mamanur


TALAM UBI ALA-ALA MAMANUR

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah:

1 kg ubi (direbus bersama 1/2 suduteh garam dan dilenyek halus.
1 cawan gula pasir
1/2 biji kelapa
segenggam tepung gandum (untuk mengeraskan sikit)

* Gaulkan semua bahan-bahan di atas dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
* Kukus selama 1/2 jam . Buka penutup kukusan dan biarkan selama 5 minit.

Lapisan atas:

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 bj telor ( kalau suka,optional)
pewarna (ikut suka)- saya biarkan warna putih je...

* Bancuh semua bahan-bahan di atas dan tapis...lalu tuang ke atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 1/2 jam atau sehingga masak. dah masak kalau ada wap yang menitik, bukakan dulu penutup selama 5-10 minit baru ditutup apinya... Dah sejuk betul baru potong, kalau tak nanti melekat dan jangan lupa guna pemotong plastik yang disapu minyak...

Cuba jangan tak cuba, pasti suka punya...yang ada hangin dalam badan pun lupa nanti hehe...





BINGKA UBI ALA-ALA MAMANUR

Bahan-bahan dan caranya sama je macam buat lapisan bawah talam ubi...cuma yang ini kita bakar selama 45 minit....tu je...












Hari ni ada ubi yang ku beli sebanyak 3 kg dari pasar tani...sebelum dia masuk angin dan menjadi hitam baik ku jadikan kuih...maka aku pun cuba2 reka ikut cara ku sendiri iaitu bingka ubi dan talam ubi...Alhamdulillah menjadi...dapatlah jadikan makanan untuk minum petang ni...Alang pulak tiba-tiba balik dari Uitm, rezeki dialah nampaknya...bingka dah lama sikit masaknya ,tapi kuih talam ubi yang ku reka2 ikut resepi ku sendiri baru je masak...masih panas lagi dan belum boleh dipotong...

pucuk ubi goreng bolado














Kuih kaswi

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi(ayak bersama tepung gandum)
1 cawan gula merah/1 ketul gula kabung
1 cawan gula pasir(masak bersama gula merah/kabung dan tapis)
7-8 cawan air(ikut lembut yang dikehendaki)
2 suduteh air kapur

* Bancuh semua bahan-bahan di atas dan tapis.
* Sapu loyang berukuran 24cm dengan minyak atau lapik dengan plastik dan tuangkan bahan-bahan di atas serta kukus selama 1/2-45 minit.
* Gaul 1/2 biji kelapa bersama 1/2 suduteh garam untuk dimakan bersama kuih kaswi dan hidangkan....




Sori , ni jelah yang dapat dipertontonkan kerana tak sempat nak ambik gambar yang sudah dipotong sebab buat kuih ni dah terlewat, bergegas nak bawak pi surau, jadi bila sejuk je terus potong dan dibawa ke Surau....

Terima kasih pada arwah ibu saudara ku kerana sudi menurunkan ilmunya pada ku dulu...walaupun terkeras sikit sbb aku buat kurang air sikit(tak tau nak agak macam arwah ajarkan)...main tiup2 senduk tu hehe...tak faham camne nak buat...tapi rasanya tetap ada....walaupun dia jadi cam dodol sikit hehehe. Takpe nanti leh cuba lagi dan tambah air sikit ikut sukatan air yang kat atas...kaswi yang ni aku guna 6 cawan je air tu yang pekat sikit tu...

Kuih Talam Tokyo

Dah sedia untuk dihidangkan

Ni lah akibatnya lambat sangat buat, jadi bila nak sejukkan cepat kenalah rendam dulu hehe...kalau tak bila dipotong dia melekat , nanti tak cantik...

Dah siap pun dikukus...jangan potong dulu!..sejukkan dulu!

Ni lah dia lapisan bawahnya sebelum dikukus...seputih salju kat Tokyo tu ...

Terima kasih Ana for the recipe...ucu suka sangat2 ngan kuih ni...sedap sangat!Dah dua kali buat dah ni....lagi sekali nak buat jumaat ni insyaallah , sbb hari Sabtu (26hb Februari 2011) ni ada lagi sambutan Maulidur Rasul kat sini...

Alhamdulillah...bulan ni banyak tempahan yang ku terima untuk kek ala2 Mamanur ni...:)

Kek-kek yang sudah sedia untuk penghantaran



Kek yang telah siap dipotong sebelum penghantaran, mengikut permintaan pelanggan

Kek Ala-ala Mamanur


Alhamdulillah ,mudah2an rezekiku diberkati, Aamiin..


Amat sesuai untuk minum petang, jamuan2 dan sebagai buahtangan untuk ke majlis kenduri kendara....
Harga jualan RM30 (tak termasuk kos penghantaran)
Jika berminat untuk tempahan sila hubungi fifi1764@yahoo.com

Friday, February 11, 2011

Apam senyum




Puding Jagung




Bahan-bahan:

300gm/1 bungkus tepung kastad
1 tin jagung berkerim
3/4 tin gula pasir
4 tin(guna tin jagung) santan dari 2 biji kelapa
Garam secukup rasa
2 suduteh esen vanila
sedikit pewarna kuning kalau suka

Campurkan semua bahan dalam kuali dan dikacau hingga pekat....jika dah tak melekat ke kuali bila dikacau bermakna dah masak, maka bolehlah dituangkan ke dalam loyang atau acuan yang dikendaki serta sapu sedikit minyak/lapik dengan plastik agar tk lekat...ratakan dengan tangan yang berbungkus dengan plastik (petua nak dapatkan permukaan yang licin, wallahualam....) dan dipotong dengan pisau plastik...

Thursday, February 10, 2011

Kuih rengas/kasturi

Bahan-bahan:

600 gm kacang hijau
350 gm gula pasir
1 biji kelapa diparut(ambil putihnya sahaja)
1 suduteh garam
Tepung gandum 100 gm

1. Rebus kacang hijau hingga empuk bersama garam.
2. masukkan gula pasir dan kelapa dan digaul sebati hingga pekat
3. kemudian masukkan tepung gandum dan digaul rata....
4. angkat dan sejukkan sebelum dibentuk sebesar bola pingpong dan dileperkan...

Kulit/sadur:

500 gm tepung beras
240 gm tepung gandum
garam secukup rasa
1 suduteh serbuk kunyit
Air
2 sudubesar minyak panas - gaul dalam bancuhan
minyak untuk menggoreng

1. bancuh semua bahan dan dicampurkan minyak panas untuk mendapatkan sadur yang
garing dan rangup
2. goreng dalam minyak yang panas
3. Hidangkan


Kuih kasturi/rengas yang dah sedia untuk dihidangkan..
.



Goreng dalam minyak yang banyak



Sadur dengan tepung sebelum digoreng...


Dah kering , angkat dan sejukkan sebelum dibentuk bulat dan dileperkan.....


Gaul sebati dan sehingga pekat dan kering....


Campurkan kelapa....


Masukkan gula pasir


Kacang hijau direbus hingga empuk bersama garam