Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Tuesday, February 22, 2011

Kuih kaswi

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi(ayak bersama tepung gandum)
1 cawan gula merah/1 ketul gula kabung
1 cawan gula pasir(masak bersama gula merah/kabung dan tapis)
7-8 cawan air(ikut lembut yang dikehendaki)
2 suduteh air kapur

* Bancuh semua bahan-bahan di atas dan tapis.
* Sapu loyang berukuran 24cm dengan minyak atau lapik dengan plastik dan tuangkan bahan-bahan di atas serta kukus selama 1/2-45 minit.
* Gaul 1/2 biji kelapa bersama 1/2 suduteh garam untuk dimakan bersama kuih kaswi dan hidangkan....




Sori , ni jelah yang dapat dipertontonkan kerana tak sempat nak ambik gambar yang sudah dipotong sebab buat kuih ni dah terlewat, bergegas nak bawak pi surau, jadi bila sejuk je terus potong dan dibawa ke Surau....

Terima kasih pada arwah ibu saudara ku kerana sudi menurunkan ilmunya pada ku dulu...walaupun terkeras sikit sbb aku buat kurang air sikit(tak tau nak agak macam arwah ajarkan)...main tiup2 senduk tu hehe...tak faham camne nak buat...tapi rasanya tetap ada....walaupun dia jadi cam dodol sikit hehehe. Takpe nanti leh cuba lagi dan tambah air sikit ikut sukatan air yang kat atas...kaswi yang ni aku guna 6 cawan je air tu yang pekat sikit tu...

No comments:

Post a Comment