Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Tuesday, June 15, 2010

Vitamin M..

Hari ni aku rasa sihat sedikit dari demam, batuk & selsema. Dah seminggu lebih aku tak sihat, tapi aku bernasib baik kerana segala aktiviti2 yang biasa ku lakukan juga turut dibatalkan sempena cuti sekolah, tidaklah rasa rugi sangat. Cuma yang rugi sikit je sebab tak dapat nak buat makanan sejukbeku yang selalu aku buat untuk dihantar ke kedai di pekan. Kuih2 yang dihantar minggu lepas dah habis, tapi kerana aku tak daya maka minggu ni tak dapat nak hantar. Jualan Alhamdulillah lah jugak, mudah2an lepas ni jualan akan meningkat, aamiin..

Satu masalah yang ada ketika ini, kerana Vitamin M dah lebih seminggu berada dalam diri ini, maka nak mulakan kerja-kerja buat kuih ni amatlah berat, ni baru nak cuba-cuba suntik Vitamin R untuk memulakan langkah-langkah untuk buat inti karipap & samosa.

Anak ku Fika ada bersamaku kerana dia cuti sekolah, tapi..nak suruh tolong buat kuih, tu bukan bidang dia, gitulah budak2 sekarang. Minggu depan sekolah dah nak bukak dah..hari Ahad ni baliklah dia ke Kuala Lumpur, tinggallah aku sorang-sorang semula kat rumah. Tapi takpe , hari Isnin Alang pulak datang selama seminggu sebelum dia masuk semula ke UITM, Lendu pada awal bulan Julai nanti.

Hari Selasa depan 22hb Jun 2010, nak pi antar Angah daftar masuk ke Politeknik Port Dickson dalam bidang Kejuruteraan Letrik, aku sentiasa mendoakan agar anak-anak ku semua berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat..kerana merekalah segalanya dalam hidupku. Semoga mereka akan menjadi anak-anak yang solehah yang dapat menjadi pembantuku ketika aku di alam barzakh nanti kerana hanya doa anak-anak yang soleh /solehah sahaja yang dapat membantu ketika itu.

No comments:

Post a Comment