Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Saturday, October 9, 2010



















Astaghfirullaah al'aziim...Ya Allah KAU ampunilah segala dosa2ku baik yg kecil mau pun besar, nyata maupun terlindung, yg sengaja maupun tidak sengaja & baik aku ketahui maupun yg tidak aku ketahui. Jadikanlah hari ini penuh kebajikan dalam hidupku & lindungilah aku dari melakukan dosa2. Peliharalah lidahku dari mengeluarkan kata2 keji dan kesat , mengumpat dsbgnya. Basahkanlah lidahku dgn zikrullah..aamiinn...

Pagi ni aku bangun dengan hidung yang berair, tapi bukan selsema cuma allergy pada cuaca sejuk kat Ampang ni ...keletihan semalam masih terasa tapi aku kena gagahkan juga untuk melakukan kerja2 yang sepatutnya hari ini.

Semalam pagi aku ke Melaka untuk menziarahi ibu saudaraku yang meninggal dunia akibat Barah Hati. Perginya pada hari Khamis menjelang Jumaat...bahagiannya nampak baik, wallahualam...Semalam arwah dikebumikan dalam pukul 10-30 sebelum Jumaat. Maaf Pak Uda, kami tak dapat hadir di majlis kenduri disebelah malamnya kerana kami ada aturjanji yang lain yang tk dapat nak dielakkan...insyaallah satu hari nanti kami akan pi menziarahi Pak Uda di Melaka .

Alang , Bangngah & keluarga singgah di rumahku di Rembau. Nasib baik minggu ni tergerak hati aku nak beli lauk banyak, biasanya tak begitu. Rupanya ada tamu nak datang , jadi taklah aku panik memikir apa nak masak untuk tetamu...hehe legaaaa....

Pas makan masing beransur pulang kerana masing2 ada hal nak ditunaikan. Angah bitah tinggal tak ikut balik sbb nak pi PD ambik angah . Kol 4-30 selepas asar kami bergerak ke PD. Cuaca nampak mendung , risau gak takut hujan nanti drive tak nampak jalan, tapi Alhamdulillah Allah perkenankan doaku supaya tak hujan.

Kami pi rmh angah dan terus pi tepi pantai...hari lak hampir maghrib jadi kejap je lah kami dapat jalan2 kat sana...tapi walaupun gitu sempat gak posing...hehe

Yang best tu..balik dari PD teringat lak ada jemputan Jamuan Hari Raya kat Pulau Besar, Mampong..apa lagi makan free pegi je lah...tapi taklah makan banyak, ala kadar je janji gastrik tak menyerang...

Abg balik kerja dalam kol 10 lebih ...sian gak dia letih tapi nak wat camner, kami kena balik KL gak malam ni...kami bergerak dalam kol 11.00 ikut lebuhraya Lekas, sampai KL kol 12.15..laju gak hehe..Alhamdulillah perjalanan kami selamat...

No comments:

Post a Comment