Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Tuesday, February 22, 2011

Bingka dan talam ubi ala-ala Mamanur


TALAM UBI ALA-ALA MAMANUR

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah:

1 kg ubi (direbus bersama 1/2 suduteh garam dan dilenyek halus.
1 cawan gula pasir
1/2 biji kelapa
segenggam tepung gandum (untuk mengeraskan sikit)

* Gaulkan semua bahan-bahan di atas dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
* Kukus selama 1/2 jam . Buka penutup kukusan dan biarkan selama 5 minit.

Lapisan atas:

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 bj telor ( kalau suka,optional)
pewarna (ikut suka)- saya biarkan warna putih je...

* Bancuh semua bahan-bahan di atas dan tapis...lalu tuang ke atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 1/2 jam atau sehingga masak. dah masak kalau ada wap yang menitik, bukakan dulu penutup selama 5-10 minit baru ditutup apinya... Dah sejuk betul baru potong, kalau tak nanti melekat dan jangan lupa guna pemotong plastik yang disapu minyak...

Cuba jangan tak cuba, pasti suka punya...yang ada hangin dalam badan pun lupa nanti hehe...





BINGKA UBI ALA-ALA MAMANUR

Bahan-bahan dan caranya sama je macam buat lapisan bawah talam ubi...cuma yang ini kita bakar selama 45 minit....tu je...












Hari ni ada ubi yang ku beli sebanyak 3 kg dari pasar tani...sebelum dia masuk angin dan menjadi hitam baik ku jadikan kuih...maka aku pun cuba2 reka ikut cara ku sendiri iaitu bingka ubi dan talam ubi...Alhamdulillah menjadi...dapatlah jadikan makanan untuk minum petang ni...Alang pulak tiba-tiba balik dari Uitm, rezeki dialah nampaknya...bingka dah lama sikit masaknya ,tapi kuih talam ubi yang ku reka2 ikut resepi ku sendiri baru je masak...masih panas lagi dan belum boleh dipotong...

No comments:

Post a Comment