Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Wednesday, June 16, 2010

Temujanji terbatal...





Pagi ni awal2 lagi aku dah bangun walaupun malam tadi tak berapa lena tidor..semua ni gara2 pagi ni nak kena pi klinik kesihatan Rembau, ambik darah untuk saringan kencing manis. Paling menakutkan yang buat aku tak boleh lena tidor bukan kerana kena ambik darah, tapi aku dapat tau, nanti depa akan beri minum air glucose satu mug...boleh ke aku telan manis2 tu?

Kol 8 pagi aku dah nak pegi klinik, tapi ternampak pada surat temujanji kena datang kol 10 pagi, jadi aku pun ikut masa yang telah diarahkan. Aku pergi kira2 pukul 9.45pagi ngan Fika. Dekat je klinik ngan rumah dalam 5 minit perjalanan kalau naik keta.

Sesampai di pintu masuk klinik, depa dengar aku batuk2 jadi mereka tahan nak wat saringan. Aku kata balik nanti aku singgah untuk pemeriksaan tapi ni nak lepaskan pi buat ujian darah dulu. Aku pun terus ambik nombor dikaunter pendaftaran dan terus hantar borang temujanji tu pada salah seorang jururawat yang bertugas, lalu aku terus duduk.

Tiba2 jururawat tu tanya, ni kes apa ni? Dia pun terus panggil nama aku, dan aku bagitau dia nak buat ujian darah...jururawat tu kata kenapa datang sekarang , masa dah habis..darah2 semua dah dihantar ke hospital Seremban dan Tampin. aku bagitau dia yang aku ingat apa yang tertulis di atas surat tu..jururawat tu kata ni sah jururawat yang tulis ni orang baru dan belum begitu faham...Frustnya aku sebab dahlah kena puasa satu malam, tidor pun tak lena dibuatnya..aku terpaksa mintak satu tarikh baru, maka ujian darah terpaksa ditundakan ke minggu depan 23hb Jun 2010 jam 8pagi..

Sebelum balik, aku singgah jumpa Doktor untuk masalah batuk dan selsema yang dah seminggu tapi lom pulih betul lagi. Doktor bagi sebotol ubat batuk dan antibiotik untuk dimakan sampai habis...lepas tu sebelum balik umah singgah kat gerai dekat klinik tu pi pekena lontong dan horlick panas. Fika lak makan lontong dan milo ais. Jadilah untuk tampung perut sampai tengahari janji leh makan ubat.

No comments:

Post a Comment