Kol 5 pagi tadi tersedar, tiba2 dengar bunyi hujan lebat patutlah sejuk sangat rasanya...mana kipas lagi berpusing no 4..sojukkkkkk....tapi yang kesiannya suami ku harus pi keja naik motor dari Rembau ke Kl. Nak bawak keta hari2 tak larat nak keluar duit tol & minyak. Hari2 aku berdoa agar dia selamat pergi dan balik..risau selagi dia tak sampai umah, suamilah katakan..Semoga proses pertukarannya ke Rembau akan dipercepatkan, aamiin..
Anak bongsuku Fika lak sibuk nak makan nasi ayam dan ayam masak merah. Kesian pulak, nanti bila dia dah balik bersekolah di KL tak dapat lak dia nak makan masakan aku. Ingatkan pagi ni nak pi ke pasar carikan ayam, tapi bila ujan gini , sejuk lak tu..tak daya rasanya sebab aku ni alergi ngan ujan dan cuaca sejuk..taktaulah kenapa. Agaknya ni semua akibat dari culas makan ubat masa dalam pantang dulu kot, akibatnya baru datang sekarang. Rasakan...
Esoklah baru pergi carikan ayam kat pasar tani kat pekan, leh masak nasi ayam esok dan masak merah hari Ahad. Hari Ahad Alin nak balik ke Rembau sebab nak masuk Sekolah Menengah Teknik semula sebab sekolah dah mula bukak hari Isnin nanti. Hari Isnin pulak Angah & Alang nak balik , sebab hari Selasa Angah kena pi daftar di Politeknik Port Dickson untuk jurusan Diploma Kejuruteraan Letrik pulak...Itulah anak-anak sementara nak membesar. Semoga mereka berjaya mencapai apa yang mereka impikan walaupun ianya bertentangan dengan apa yang aku harapkan...biarlah mereka dengan pilihan mereka sendiri, aku redha..
No comments:
Post a Comment