Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Saturday, June 19, 2010

Jalan-jalan hilangkan boring

Melaka bandaraya bersejarah, memang best pi Melaka ni sebab banyak tempat2 bersejarah untuk dikunjungi. Hari ni mula2 cadang nak bawak Adik pi berkelah kat Pengkalan Balak. Jadi pagi2 lagi aku dah pi pasar tani ngan suami nak beli ayam, nak masak nasi ayam.

Kami sarapan di pekan je...aku makan lontong dan suami aku makan nasi goreng..aku belikan juga sebungkus lontong favourite untuk adikFika) yang kat umah tu. Lepas beli ayam 2 ekor aku terus pi umah mak mertua sat , nak ambik benih daun kari...La ni ayam dah naik RM7.30 sekilo dari RM6.90 dulu. Mahal betul, tapi dah anak nak makan ayam belikan jugaklah..tu lah kasih sayang mak, kalau anak taktau lah leh wat gitu ke tak...

Sampai kat umah aku terus masak nasi ayam dan suruh Fika bersiap. Sebaik2 je masak nasi, dah kemas2 nak pi berkelah...Azan berkumandang , maka kami pun solat dulu. Tiba2 Fika kata taknak pi berkelah pulak, dia ajak pi Melaka. Maka plan kami pun bertukar...dari nak pi berkelah kat Pengkalan Balak, terus berkelah kat umah je , hehe..

Selesai je makan terus bergerak ke Melaka..Banguda dan Kaknur ada di Melaka, jadi kami janji nak jumpa kat Menara Taming Sari, tapi bila tiba bandar Melaka kami sesat barat, wat kata orang Penang , pi mai, pi mai duk tang tu gak, hehe...last2 aku suh kaknur balik dulu...

Hari ni suami aku belanja semua...bukan senang nak dapat hehe. Dia belanja aku dan Fika naik Menara Taming Sari....Taubat!Lepas ni taknak naik dah...mula2 naik aku steady je, konon2 ambik gambar sekeliling...tiba2 darah gemuruh aku melanda...nyaris tak pengsan...sejuk kaki tangan sebab Menara tu naik tinggi...Gayatttttttttttt....

Tapi Alhamdulillah, lama2 aku rasa ok balik...tapi tu lah Taubattttttttttttt....

Lepas tu suami aku bawak kami naik bas pulak kena bayar RM5 sorang untuk ronda2 kota Melaka, Fika dapat naik free...tak aci betul..Naik pulak bas lama...bumbungnya yang ditingkat atas memang dah dipotong, asap hitam berkepul2 , busukkkkkkkkkkkk...naik pening kepala cium bau asap..

Selesai meronda kota Melaka, kami pi makan McDonald berdekatan Menara Taming Sari. Fika order Spicy Chicken McDeluxe, aku dan suami order Fillet-O-Fish. Leh tahan gak rasanya, tapi cili sosnya pedas sangat aku tak tahan, apa lagi belasahlah Milo ais walaupun baru nak baik batuk...pastu kami terus pi solat Maghrib kat surau berdekatan.

Pastu suami aku nak pi tenguk2 kat Mahkota Parade, dahlah pulak si Fika sangkut ngan satu baju, New arrival lak tu bukan ada diskaun, dah dia nak belikan jugaklah RM69.90, baju termahal dalam hidup dia katanya hehe...maknya pun beli baju sepasang RM20 je ...takpe lah bukan selalu pun...Halalan Toyyiban..

Kaki aku dah tak larat nak jalan dah, cuma singgah pasar malam beli air ais je sebab haus, pastu terus balik Rembau..Kaknur talipon kata dia kat Mydin, dah memang rezeki takde nak jumpa...mula2 hati berdetik gak nak pi Mydin, tapi kerana letih malas nak pegi...kalau tak mesti jumpa kat sana pulak...

Sampai umah dalam kol 11.35malam, terus buat apa yang patut...eh lupa ...sebelum sampai umah singgah Cengkau jap , suami aku beli burger lak kat kedai Aboy...

Lepas solat dan wat kerja sikit, aku dan Fika makan nasi ayam yang masih berbaki....sebab nak makan ubat. Tulah citernya ..kisah kami setengah hari di Kota Melaka...19hb Jun 2010.

Ni haaa...suami aku baru bagitau..,malam ni ada pesta air kat Melaka rupanya sebab hari ni penutup Sukma. Aku kata napa tak cakap tadi...jom pegi balik hehehhe...dia kata pegilah...:)

No comments:

Post a Comment