Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Monday, June 28, 2010

Kolam memancing ikan Joran Rimba Tekala, Semenyih















Pemandangan di sekitar Joran Rimba Tekala, Semenyih Selangor..Boleh tahan ramai orang yang menyertai...memang seronok!!Tenguklah cik Abang tu bergambar dengan ikan yang dia dapat bawak balik...alamat makan ikan je lah hari ni..


Semalam hari Ahad 27hb June 2010 tiba2 teringat kat Kakyan...apalagi aku terus telepon. Tup tup dengar dia nak balik ke Semenyih nak pi mancing kat tempat dia di Joran Rimba Tekala, taktaulah pulak kakyan adik beradik ada bukak tempat memancing yang baru selain dari seri bayu..apa lagi hati duk tertanya2..mana nak pegi ni..tadi janji ngan Alang suh dia antar pi umah banguda sebab hari ni Hari Jadi Dayang. Nasib baiklah aku leh fikir untuk telepon banguda..Nana angkat kata depa nak keluar dan suh datang disebelah malam..

Aku terus telepon abang tanya dia balik keja hari ni kol berapa? Dia kata tak pasti, tapi..bila dapat tau nak pi tempat Kakyan nak tengok orang memancing. Tak berapa lama pastu abang sms suh siap leh pegi...Bestt!! Fika ada datang , Alang antar belah pagi tadi, jadi kami pergi ke Tekala bertigalah..

Wah!!Terkojut nenguk ramai orang rupanya..ingatkan adik beradik n sedara mara je...Sampai terus cari parking tapi susahlah pulak nak dapat sebab banyak kereta...Lama dah tak jumpa Kakyan, jadi apa lagi borak2lah..

Kakyan kata nak masak meehoon untuk para peserta makan lepas mancing nanti, tapi dia tak larat sebab tangan dia sakit..Apa lagi..memasak, memang hobi tu...aku pun offer dirilah nak tolong...aku pun terus pi hayun senduk kat kuali hehe...Tengah masak, kaknur pulak telepon suh datang rumah malam ni..aku takut abang bising sebab dia penat. Aku tak berani nak janji jadi aku suruh kaknur sendiri cakap ngan abang. Mood abang baik sikit hari ni, jadi, dia kata ok...

Jam 7.00 petang acara memancing tamat dan waktu bagi hadiah pun sampai...Lepas makan kami bergerak balik..sempat lagi tu abang pi kutip tin , hishhhh...Abang dapat 2 ekor ikan besar tapi aku tak kenal ikan apa..besar sangat..

Kami terus antar Fika balik dulu sebab Faiz kata nak belanja anak2 makan malam ni, tapi rupa2nya tak jadi. Sian Fika , kalau aku tau , aku bawak Fika pi rumah banguda dulu...

Baru nak makan, dengar org bagi salam..ingatkan Alang rupanya Fika datang antarkan pecal yang bangngah belikan kat Tanjung Karang pagi tadi...Sanggup tu bangngah pi naik motor ke Tanjung Karang semata-mata nak kejar pecal sedap...memang sedap terasa cekurnya. Kat Kl memang takleh nak dapat yang sedap.

Hati aku tersentuh tenguk Fika, kesian rasanya tenguk dia sebab dia tak makan lagi. Nak suruh dia tinggal dan antar dia balik ke Kencana semula takut kena marah. Taktau kenapa sejak akhir2 ni asyik angin je...tapi takpe selagi leh sabar , aku sabarlah..kalau tak boleh sabar nak wat camne, kena terima hakikatlah...redha je ngan apa jua yang mendatang...Mudah2an biarlah yang baik2 je...Fedup gak kadang2 kalau org asyik nak angin je..memang pantang aku dari dulu..Kalau bersebab takpe , ni tiba2 je..kita pun tak sangka sebab kita tak marah dan tak fikir yang tak baik pun...lupakanlah, mungkin penat kerja tak rehat2 kot...lumrah kehidupan..kalau dua2 angin tumbang pokok, kalau satu je yang angin leh bertahan lagi..hehe

Dalam perjalanan balik pun aku masih teringatkan Fika, tulah perasaan mak terhadap anak, apa jua yang dimakan mesti ingat anak2, kalau anak2 tak dapat makan terasa terkilan hati ni...aku terus sms Alang suruh dia belikan makanan untuk Fika. Rupanya alang cuma belikan burger je...jadi lah dari takde..

Sampai rumah, mata memang dah ngantuk sangat, takdan nak siang ikan, jadi simpan jelah dulu dalam fridge, esok pagi baru siang dan masak...lepas solat , gosok baju dan layan FB kejap, terus lena..sedar2 dah jam 5.30pagi, abang kena bangun pi kerja...sejuk jangan cakaplah..semua rasa kebas..

Tuesday, June 22, 2010

Angah di hari pendaftaran..



Rumah sewa angah kat Taman Politeknik PD dan aksi angah di hari mendaftar....

Angah mendaftar di Politeknik PD






Suasana di PD dan di Politeknik PD...

Pagi ni kol 5 ujan lebat lagi...bestnyalah tido sejuk2 gini...tapi apakan daya kena bangun gak time ni sebab suami nak pi keja, pastu pas solat subuh dah nak kena antar Angah ke Politeknik PD. Hari ni pendaftaran pelajar2 intergrasi..Kami bergerak ke PD kol 8.15pagi dan sampai PD kol 8.45pagi..kami ikut jalan pintas kalau tak lagi lah lewat sampai sbb hari ujan , jalan licin jadi takleh nak laju..

Sampai Poli orang terlalu ramai, Angah pi daftar di Dewan Wawasan dan aku bersama Alang ke kantin cari makanan hehe...

Selesai sarapan, aku dan alang ke tempat angah mendaftar. Bila dah selesai , kami pi terus ke rumah yang nak di sewa di Taman Politeknik, PD. Boleh tahan gaklah rumahnya , gitu gaklah sewanya, tapi rumahnya fully furnished...berbaloilah...

Faiz tak jadi datang sbb keta rosak, jadi aku suruh dia datang hari Jumaat je nanti antar barang2 angah..kami balik Rembau lepas semua urusan selesai. Angah ikut balik sebab mula belajar hanya pada hari Isnin, tapi Jumaat kena pi daftar Module pulak kol 8 pagi.

Abg tk balik malam ni hingga Jumaat sbb kena mula tugas awal, lagipun alang n angah ada jadi teman..baru pas makan nasi ni, jap lagi nak solat n tido . Malam ni kena tido awal sbb sok pagi kena pi check darah , maka kol 10.00 malam ni kenalah mula puasa...mintak2 ok sampai selesai semuanya esok...Aamiin...

Saturday, June 19, 2010

Jalan-jalan di Kota Melaka...




















Jalan-jalan hilangkan boring

Melaka bandaraya bersejarah, memang best pi Melaka ni sebab banyak tempat2 bersejarah untuk dikunjungi. Hari ni mula2 cadang nak bawak Adik pi berkelah kat Pengkalan Balak. Jadi pagi2 lagi aku dah pi pasar tani ngan suami nak beli ayam, nak masak nasi ayam.

Kami sarapan di pekan je...aku makan lontong dan suami aku makan nasi goreng..aku belikan juga sebungkus lontong favourite untuk adikFika) yang kat umah tu. Lepas beli ayam 2 ekor aku terus pi umah mak mertua sat , nak ambik benih daun kari...La ni ayam dah naik RM7.30 sekilo dari RM6.90 dulu. Mahal betul, tapi dah anak nak makan ayam belikan jugaklah..tu lah kasih sayang mak, kalau anak taktau lah leh wat gitu ke tak...

Sampai kat umah aku terus masak nasi ayam dan suruh Fika bersiap. Sebaik2 je masak nasi, dah kemas2 nak pi berkelah...Azan berkumandang , maka kami pun solat dulu. Tiba2 Fika kata taknak pi berkelah pulak, dia ajak pi Melaka. Maka plan kami pun bertukar...dari nak pi berkelah kat Pengkalan Balak, terus berkelah kat umah je , hehe..

Selesai je makan terus bergerak ke Melaka..Banguda dan Kaknur ada di Melaka, jadi kami janji nak jumpa kat Menara Taming Sari, tapi bila tiba bandar Melaka kami sesat barat, wat kata orang Penang , pi mai, pi mai duk tang tu gak, hehe...last2 aku suh kaknur balik dulu...

Hari ni suami aku belanja semua...bukan senang nak dapat hehe. Dia belanja aku dan Fika naik Menara Taming Sari....Taubat!Lepas ni taknak naik dah...mula2 naik aku steady je, konon2 ambik gambar sekeliling...tiba2 darah gemuruh aku melanda...nyaris tak pengsan...sejuk kaki tangan sebab Menara tu naik tinggi...Gayatttttttttttt....

Tapi Alhamdulillah, lama2 aku rasa ok balik...tapi tu lah Taubattttttttttttt....

Lepas tu suami aku bawak kami naik bas pulak kena bayar RM5 sorang untuk ronda2 kota Melaka, Fika dapat naik free...tak aci betul..Naik pulak bas lama...bumbungnya yang ditingkat atas memang dah dipotong, asap hitam berkepul2 , busukkkkkkkkkkkk...naik pening kepala cium bau asap..

Selesai meronda kota Melaka, kami pi makan McDonald berdekatan Menara Taming Sari. Fika order Spicy Chicken McDeluxe, aku dan suami order Fillet-O-Fish. Leh tahan gak rasanya, tapi cili sosnya pedas sangat aku tak tahan, apa lagi belasahlah Milo ais walaupun baru nak baik batuk...pastu kami terus pi solat Maghrib kat surau berdekatan.

Pastu suami aku nak pi tenguk2 kat Mahkota Parade, dahlah pulak si Fika sangkut ngan satu baju, New arrival lak tu bukan ada diskaun, dah dia nak belikan jugaklah RM69.90, baju termahal dalam hidup dia katanya hehe...maknya pun beli baju sepasang RM20 je ...takpe lah bukan selalu pun...Halalan Toyyiban..

Kaki aku dah tak larat nak jalan dah, cuma singgah pasar malam beli air ais je sebab haus, pastu terus balik Rembau..Kaknur talipon kata dia kat Mydin, dah memang rezeki takde nak jumpa...mula2 hati berdetik gak nak pi Mydin, tapi kerana letih malas nak pegi...kalau tak mesti jumpa kat sana pulak...

Sampai umah dalam kol 11.35malam, terus buat apa yang patut...eh lupa ...sebelum sampai umah singgah Cengkau jap , suami aku beli burger lak kat kedai Aboy...

Lepas solat dan wat kerja sikit, aku dan Fika makan nasi ayam yang masih berbaki....sebab nak makan ubat. Tulah citernya ..kisah kami setengah hari di Kota Melaka...19hb Jun 2010.

Ni haaa...suami aku baru bagitau..,malam ni ada pesta air kat Melaka rupanya sebab hari ni penutup Sukma. Aku kata napa tak cakap tadi...jom pegi balik hehehhe...dia kata pegilah...:)

Friday, June 18, 2010

Ka'abah ..tak dapatku gambarkan betapa rindunya aku padamu ketika ini

Subhanallah...Aku bersyukur padaMU Ya Allah kerana memberi peluang bagiku melihat suasana di dalam rumahMU(Baitullah). Walaupun aku tidak mungkin dapat untuk menjejakkan kaki ke dalam rumahMU tapi Alhamdulillah cukuplah walaupun sekadar dapat melihat rakaman video ini. Hilanglah sudah segala kemusykilan dan tandatanya dihatiku selama ini apakah yang terdapat didalam rumahMU ini..Mudah2an dengan restu dan redhaMU Ya Allah, berikanlah aku rezeki dan peluang untuk berkunjung ke rumahMU ini lagi, janganlah KAU jadikan ziarahku terdahulu ziarah ku yang terakhir, aamiin...

Inside Kaaba video clip

Asma Ul Husna - Hijjaz

Zikir 20 Sifatullah (Sifat Allah)

selawat jibril dan zikir

Hujan rahmat di pagi Jumaat...sojukkk....

Kol 5 pagi tadi tersedar, tiba2 dengar bunyi hujan lebat patutlah sejuk sangat rasanya...mana kipas lagi berpusing no 4..sojukkkkkk....tapi yang kesiannya suami ku harus pi keja naik motor dari Rembau ke Kl. Nak bawak keta hari2 tak larat nak keluar duit tol & minyak. Hari2 aku berdoa agar dia selamat pergi dan balik..risau selagi dia tak sampai umah, suamilah katakan..Semoga proses pertukarannya ke Rembau akan dipercepatkan, aamiin..

Anak bongsuku Fika lak sibuk nak makan nasi ayam dan ayam masak merah. Kesian pulak, nanti bila dia dah balik bersekolah di KL tak dapat lak dia nak makan masakan aku. Ingatkan pagi ni nak pi ke pasar carikan ayam, tapi bila ujan gini , sejuk lak tu..tak daya rasanya sebab aku ni alergi ngan ujan dan cuaca sejuk..taktaulah kenapa. Agaknya ni semua akibat dari culas makan ubat masa dalam pantang dulu kot, akibatnya baru datang sekarang. Rasakan...

Esoklah baru pergi carikan ayam kat pasar tani kat pekan, leh masak nasi ayam esok dan masak merah hari Ahad. Hari Ahad Alin nak balik ke Rembau sebab nak masuk Sekolah Menengah Teknik semula sebab sekolah dah mula bukak hari Isnin nanti. Hari Isnin pulak Angah & Alang nak balik , sebab hari Selasa Angah kena pi daftar di Politeknik Port Dickson untuk jurusan Diploma Kejuruteraan Letrik pulak...Itulah anak-anak sementara nak membesar. Semoga mereka berjaya mencapai apa yang mereka impikan walaupun ianya bertentangan dengan apa yang aku harapkan...biarlah mereka dengan pilihan mereka sendiri, aku redha..

FADHILAT SURAH AD-DUKHAN

Daripada Abi Hurairah R.A berkata Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa membaca surah "Haamim Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya (H.R. Ibnu Katsir).

Daripada Abi Hurairah R.A berkata, Nabi SAW bersabda: "Haamim Ad-Dhukan" pada malam Jumaat, maka diberi keampunan baginya."(H.R. Ibnu Katsir)

Daripada Zaid Ibnu Haritsah R.A sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad: "Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apa dia? Maka baginda bersabda dia ialah "Ad-Dukhan" dan bersabda lagi: Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi."

Surah Ad-Dukhan 44 Mishary Rashed al-Efasy with english subtitles.

Thursday, June 17, 2010

Tahniah Angah! Semoga berjaya mencapai segala impian...







FADHILAT SURAH AL-MULK..

Rasulullah tidak akan tidur sehingga baginda membaca Suratul Mulk dan Surah As-Sajdah pada setiap malam, tiadalah baginda meninggalkannya samaada ketika musafir atau ketika berada di kampung. Maka sesungguhnya sesiapa yang membacanya pada malam atau siang, lidahnya akan terlancar dengannya sehingga dia meninggal.

Dan Rasulullah bersabda: " Saya suka kalau Surah ini (Tabaarak..) berada dalam hati setiap insan dari umatku kerana ia adalah Surah penahan dan pelepas dari azab kubur."

Surah As Sajdah oleh Sheikh Mishari Al Afasy

Wednesday, June 16, 2010

Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion)

Album kenangan



Suatu ketika dulu...

Sekali sekala bila bersendiri begini teringat lak kat kisah lama..masa aku masih bekerja di sebuah Bank. Setiap hari hati sentiasa ceria dikelilingi rakan2 sekerja tak kira bangsa. Bagi ku mereka semuanya baik2, sentiasa mengambil berat tentang aku. Susah senang kami hadapi bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan sebagainya.

Masa kerja dulu, tak perlu fikir tentang duit, cukup bulan je dah pasti dalam akaun duit dah dikreditkan..tak pernah fikir susah, lebih2 lagi kalau berbelanja..Arwah mak selalu ingatkan, jangan terlalu berbelanja sebab ada ketikanya nanti datang susah waktu tu takut kita tak boleh nak terima kenyataan..Waktu tu hidup mewah, apa yang arwah mak cakap masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi kini bila dia dah takde, aku pulak dah tak kerja baru mula teringat semula apa yang arwah mak cakap dulu..

Sekarang bila dah tak kerja, hari2 duk fikir camne cara nak cari duit untuk tambah pendapatan. Akhirnya ,aku yang dulu taktau langsung nak buat bisness kini terpaksa berjinak2 dengan bisness walaupun secara kecil2an. Bagi aku, takpe..janji apa yang aku perolehi adalah pendapatan yang berkat dan halal disisi Allah.

Alhamdulillah juga buat bisness ni cuma penat je sikit, lebih2 lagi kena buat sorang2 tanpa pembantu..tak lama lagi puasa bakal menjelang maka aku akan mula sibuk dengan biskut2 raya dan kerepek2 untuk memenuhi tempahan yang biasa ku terima dari pelanggan2 tetap dan juga pelanggan2 baru...Tahun ni taktaulah anak yang mana akan membantu aku di dapur, susah nak dijangka, mintak2 adalah yang cuti dan boleh membantu..kalau tak pitam jugak nak buat sorang..

Album kenangan