Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Wednesday, March 23, 2011

Jalan-jalan cari Makan...bersama anak-anak










kek blueberry


Kek-kek ni tempahan dari rakan-rakanku Dr Noraliza Rani dan Mariati Ariffin yang sama2 bekerja dulu...terima kasih kerana memberi sokongan pada aku untuk biz ni...semoga segala usahaku diberkati Allah..,aamiin..

Ikan Bawal Hitam masam manis...



Sweet sour/masam manis
Bahan-bahannya:

Ikan(tk kisahlah ikan apa pun)
2 biji bawang besar- hiris
4 ulas bawang putih- hiris
Halia sebesar ibujari- hiris halus
3 sudumakan cili kisar
1 biji bawang besar- potong bulat
3 sudubesar sos tiram
3 sudubesar sos cili
2 sudubesar sos tomato
1 suduteh garam/ikut citarasa
3 sudubesar gula
sedikit air - agak2 dalam 1 gelas
1 sudubesar tepung jagung , bancuh dgn sedikit air(utk memekatkan kuahnya sedikit)
2-3 biji cili merah-belah dua dan buang bijinya
1 tin nenas
segenggam bawang goreng- tabur
3 tangkai daun sup- hiris2 untuk ditabur
7 biji cili padi - biarkan bulat2/cili benggala di potong panjang
sedikit sayur2an seperti karot, kacang panjang dll...kalau suka

* Cuci ikan, lumur dgn garam dan serbuk kunyit, kemudian bedakkan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing , tapi jgn sampai hangus...kalau hangus tanggung sendiri,,,hehe

1. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak
3 letak sedikit air dan tuangkan sos tiram, cili sos, tomato sos, garam dan gula serta cili merah, tambah air dan biarkan menggelegak, lalu di masukkan air tepung jagung dan nenas. gaul rata
4. taburkan bawang merah yang dihiris bulat, bawang goreng , daun sup dan cili padi
5. angkat dan tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi

Tuesday, March 15, 2011

Siakap kukus...sesuai untuk berdiet....


Siakap kukus memang sesuai untuk berjimat dan berdiet...Bulan lepas pi makan di PD ngan angah n suamiku , tapi mak aiiii seekor ikan siakap depa charged rm48.00, macam tak percaya tapi kena percaya gak hehe...tapi ni haa..beli seekor rm11 je...dah dapat makan dengan puas...masak pun main campak2 je tapi sedap....puas hati...Lain kali tak payah nak pi makan kat luar lagi, masak je sendiri...panaskan kukus dan masak....habis cerita...

Sunday, March 13, 2011

Talam ubi






Kalau hati kata nak buat, maka jadilah kuihnya....:),selagi tak buat hati tak senang...bila buat lega n lapang dada....talam ni adalah untuk tempahan dan jualan...loyang berukuran 26cm - RM20, 32cm - RM25. Untuk tempahan , bolehlah dibuat ke fifi1764@yahoo.com. Warga Negeri Sembilan , Melaka dan Kuala Lumpur adalah di alu2kan

Saturday, March 12, 2011

Chef sementara...saja nak uji bakat....:)

Selama seminggu aku mengabadikan diri sebagai chef di Maslin Corner...(7/3/11 - 11/3/11)...inilah saja yang berjaya ku hasilkan...