Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Thursday, December 30, 2010

Lempeng pisang sarapan pagi yang menyelerakan



Kek Sarang Semut


Inilah dia Kek Sarang Semut tu...ada setengah-setengah orang panggil kek gula hangus..apa-apa ajelah asalkan ianya sedap dimakan ....:)


















Kek ini ku hasilkan menggunakan resepi ihsan dari Puan Shanty(FB). Terima kasih Shanty di atas keikhlasanmu memberikan resepi sehingga terhasilkan kek sarang semut yang bersarang dan sedap! Bancuhannya telah ku siap sebaik saja resepi ku terima dari Shanty...dua jam selepas itu kek ku kukus selama sejam. Hasilnya amat menakjubkan...

Tengaharinya kami ke MAHA di Serdang, siap bawa lagi kek ni sebagai bekalan. Tak sangka anak-anak suka makan kek ni..sepanjang jalan kami duk makan je kek ni hehe...kuranglah aku tidur disepanjang perjalanan sebab sibuk makan....:)

Piza-piza yang ku hasilkan






Wah...akhirnya berjaya juga aku menghasilkan piza dari airtanganku sendiri...sekarang kalau nak makan piza, beli je bahan-bahannya dan buat sendiri...rasa sama je macam yang kita beli tu, cuma aku kurang kreatif sikit, jadi rupanya taklah menarik sangat macam kat kedai tu...Alhamdulillah ..aku rasa happy sebab dapat hasilkan makanan kegemaran anak-anak & suami ku sendiri...

Ubi Getuk







Ubi getuk ni selalunya makanan kegemaran orang-orang kampung terutama sekali orang-orang Jawa...ianya diperbuat dari ubi dicampur sedikit kelapa & gula. Bila nak goreng salutlah dengan tepung beras, macam buat goreng pisang tu..sedap sangat kalau dimakan di waktu petang bersama kopi panas....tak caya cuba...:)

Ubi getuk ni juga boleh disejukbekukan dan tahan berbulan-bulan jika disimpan dalam pendingin beku. Bila nak makan barulah digoreng...Saya selalu buat sejukbeku je, sebab bila nak makan tak payahlah nak bersusah payah nak terkejar-kejar ke pasar tani atau ke kedai-kedai nak cari ubi. Dah ada dalam freezer keluarkan je setengah jam dan goreng...ramai yang suka makan ubi getuk ni, sampai ada siap pesan , simpankan untuk mereka jangan jual....hehe

Karipap sejukbeku





Lamanya aku tk update blog ni..malas bila fikirkan line celcom yang lembab sangat ni...tapi hari ni tiba2 jadi rindu pulak nak update...tak tau apa nak tulis, akhirnya dari blog ni sepi je, lebih baik aku update jelah blog ni dengan hasil air tangan yang ku hasilkan....hanya sekadar untuk menjadi halwa mata...:). Kadang2 orang kata tenguk je pun boleh jadi kenyang...jangan lemak & cholestrol bertambah dah ler...hehe