Permata-permata dihatiku.....

Permata-permata dihatiku.....

Saturday, July 31, 2010

Astaghfirullah...ampuni aku

Semalam adalah hari yang paling meruntun hati dan perasaanku...Emosi telah menyebabkan berlaku perselisihan dgn anak yang pernah ku kandung 9 bulan sepuluh hari..Ya Allah , adakah ini ujian & kifarah bagiku sebagai seorang ibu....Astaghfirullah...ampunilah aku diatas ketelanjuran kata2ku..kau lembutkanlah kekerasan hati anakku, jadikanlah dia dan anak2ku yang lain anak2 Syurga yang dapat menjadi pembantuku ketika aku berada di alam barzakh dan dihari pembalasan nanti, aamiin..

Keampunan..demi kasih seorang ibu terhadap anaknya, ku ampun segala dosa anak2ku, semoga mereka semua sentiasa diberkati , dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki, ditemukan jodoh dengan seorang lelaki yang baik, beriman dan bertakwa yang dapat membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah dunia & akhirat,, sempurna sifat, baik rupa paras, baik budi pekertinya, aamiin..

Aku sentiasa berdoa di dalam sujudku , agar anak2 ku menjadi anak2 yang berjaya dgn cemerlang, terbilang & gemilang dalam pelajaran dan kerjaya mereka serta kehidupan mereka dunia dan akhirat, aamiinn...

Semoga Allah mengurniakan aku dengan ketabahan hati dengan kerenah anak2ku selepas ini...Ya Allah, jgnlah Kau uji aku dengan apa yang tidak termampu untuk aku menghadapinya Ya Allah..aku adalah hambaMu yang lemah, tiada daya dan upaya untuk aku melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran melainkan dengan kekuasaan dan kehendakMu Ya Allah...

Wednesday, July 28, 2010

Sunyi sepi..

Aduhai...sunyinya rasa , nasiblah kadang2 anak2 ada gak muncul. Kalau tak , taktaulah apa nak jadi. Suami aku sibuk ngan kerja je..Jumaat ni dah nak ke Penang pulak, padahal baru je balik dari Sukan Asia selama lebih 2 minggu.

La ni Aleen dah duk umah adalah jugak kawan untuk borak...sabo jelah.

Tak lama lagi nak puasa dah...dan tak lama lagi aku mulalah sibuk nak buat biskut2 raya yang ditempah. Moga2 Allah berikan aku kekuatan pada tahun ini dan mudah2an jualan biskut raya ku laris pada tahun ni...Aamiin..

Wednesday, July 7, 2010

Makan malam bersama anak2..Alang belanja...










Temujanji

Syukur Alhamdulillah...aku bebas dari gejala kencing manis..cuma doktor nasihatkan jaga permakanan, jangan makan banyak yang manis2..happy bukan main aku bila dapat tau free dari gejala tu, tapi.....tiba2 nurse tu suh pi wat ECG nak check jantunglah pulak...apa lagi aku pun mulalah kecut perut. Masa wat ECG tu pulak , nurse tu wat ' force alarm'..wat aku seriau je. Bila dah selesai aku tanya dia ok tak, dia taknak cakap..cuma kata nanti doktor bagitau, lagilah aku risau dibuatnya..

Di bilik pemeriksaan, nurse disitu arahkan aku supaya pergi ke jumpa doktor di bilik 4..ada dua orang je ketika itu..Bila nombor aku dipanggil, aku pun terus pergi ke bilik 4 walaupun hati rasa gementar tapi buat2 tkde rasa apa2 hehe...Alhamdulillah..semua clear dan tekanan darah pun normal...kan best gini. Memang pasni memang aku kena jaga makan, tkleh main belasah je macam dulu2..berat pun dah turun 2kg dalam 3 bulan ni. Nak turunkan berat badan bukan main susah tapi kalau nak naikkan anytime..Terima kasih pada jiran aku Norbi sbb dia selalu temankan aku bila pi mana2 lebih2 lagi kalau pi medical check up...terima kasih gak pada suami dia..semuga mereka dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan diberkati Allah sentiasa, aamiin...

Bersantai di sekolah Aleen...



lHari Koperasi sekolah Aleen hari sabtu lalu..3hb Julai 2010, tapi tak dan nak masukkan dalam blog ni , sibuk sikit...hari ni baru berkesempatan nak masukkan...Tgklahlah tu bangga sangat dapat anugerah hari tu..aku ngan angah n fika sampai lambat sbb ada accident kat tol Pedas. Dugaan betul, dahlah aku first time drive balik Rembau, selalu tu aku duk sebelah je...alang yang drive, jumpa lak accident nasib tak semput! Sampai2 semua jualan dah habis, nasib baik Aleen ada belikan nasi tomato ngan air oren.

Alang dah sampai dulu tadi naik motor, laju betul...sebelum aku sampai, dia dah pi ke UITM Lendu, Melaka sbb hari ni kena mendaftar untuk semester 4. Faiz n Zetty hantar barang2 dia kemudian...Balik dari Uitm dia singgah rumah aku ambik angah n fika. Angah balik PD n fika terus ikut balik KL.

Malam tu dah tinggal berdua, pi makan kat luar ler...pekena nasi goreng ayam n air suam je...

Thursday, July 1, 2010

Halalan Toyyibah

Tengahari tadi pergi ke HPA Pandan Mewah nak cari ayam organik tapi takde stok pulak. Dah banyak kali pergi dah tapi memanjang je takde stoknya....Bilalah agaknya baru nak ada stok..La ni kalau teringin nak makan ayam susah sikit. Hati rasa tak yakin nak beli sembarangan takut tak halal...Kena hati-hati bila nak beli ayam kat pasar2 tu...Oleh kerana tak dapat ayam, dari tak beli apa2 sebab dah sampai ke HPA tu...beli lah satu kotak aiskrim Toyyibah perisa vanila & koko Radix Ripple..RM8 satu kotak, leh tahan gak harganya...





Pastu aku dan alang terus pergi ke rumah Bangngah. Apalagi Haziaq suka bukan main bila nampak aiskrim...sampai dia ucapkan "Allah..." hehe. Perkataan Allah memang tak lekang dari bibir dia, Alhamdulillah...Aku borak2 ngan Faezah dan Ina sambil duk tenguk gelagat Haziq..





Eeee...comotlah...


Hampir kol 6ptg aku dan alang terus balik. Hujan pulak turun dengan lebatnya berserta guruh dan petir. Takut punya pasal aku batalkan je hasrat nak pergi pasar malam. Aku bagi duit pada alang suruh dia belikan mangga dan anggur. Alang pulak tk habis2 dengan favourite dia , si rangka ayam tu...

Sampai rumah aku dan alang berkemas apa yang patut.. lepas selesai berkemas, abang pulak balik, apalagi terus ajak dia pi makan kat gerai di Ampang Jaya...Aku order meehoon bandung, along order kueteow goreng basah dan abang order mee sup...nak diet katanya...:). Harga dan rasa boleh tahan gaklah...

Kuewteow goreng basah memang favourite Alang, kalau takpun Char Kuewteow



Haa.... Meehoon bandung ni pulak memang favourite aku...


Sampai kat rumah mata rasa ngantuk sangat..perut pun rasa meragam semacam je...lepas gosokkan baju kerja abang aku terus layan Blog sat...jap lagi nak lena dah...:).

Niat hati tadi kata nak layan sat je blog ni , tapi sampai la ni tak tidoq2 hehe, besa lah...Abang dah lama dengkuq dah tu haaa...












Keindahan malam di KL